Fotografi dan Videografi
Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, mengapa semasa saya menjalankan tugasan fotografi perkahwinan, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada kehadiran videographer membuat tugasan. Bagi saya, untuk lebih terang dan lebih jelas rakaman memori sesebuah majlis perkahwinan itu, hanya hasil videografi sajalah yang lebih menonjol hasilnya berbanding fotografi. Kerana apa saya berfikir begitu? Kerana videografi ni bukan setakat dia rakam gambar saja, tapi gambar yang dirakamkan tu bergerak dan ada suara pula tu..Kalau fotografi hanya tengok gambar sajalah..Nak added value, tambah editing dan masuk dalam album kastum..Lepas tengok album, masuk dalam kotak balik, lepas tu dah tak tengok dah..Bila teringat, baru tengok, bila sedara mara datang, baru cari kotak tu balik..Lepas 3-4 tahun, dah tak tengok dah..
Kalau video, boleh tengok berulang-ulang kali..Kalau rindukan saat majlis itu, boleh tengok lagi..Kalau 10 tahun akan datang tengok balik video tu, boleh ingat "oo, macam tu suara aku 10 tahun lepas", "oo, macam tu badan aku 10 tahun lepas"..Bagi logik akal saya, videografi lebih membangkitkan memori daripada fotografi. Tapi, orang lain (pengantin) pandangannya lain. Dia hire photographer je, videographer takyah hire pun..Itulah sebabnya masa saya menjalankan tugasan saya, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada kehadiran videographer membuat tugasan. Mengapa jadi begitu..?
Adakah videografi ini tak berapa laku industrinya?
Adakah videografi ini tidak dipromote secara gila-gila seperti fotografi?
Adakah forum videografi kurang berbanding fotografi? (tak ramai forummer)
Adakah pemain-pemain videografi kurang berbanding fotografi?
Atau, ramai yang tak mau masuk scene videografi kerana equipment yang mahal?
Atau harga servis yang mahal?
Mari bincangkan kenapa?